Baru-baru ini Perdana Menteri
Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan. Misalnya, negara Selanjutnya, bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana Menteri Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapatmenjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan. Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna. Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti. Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser. Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan. Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jika tenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah, namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan. Dalam pandangan hidup Islam, terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa "ditegah untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya". Bagi menjelaskan lagi perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau yang bertajuk "Kewajipan Menguasai Sains: Fardu ‘Ayn-kah atau Fardu Kifayah?" menyebut bahawa "[satu] contoh yang pernah dikemukakan oleh al-Khawarizmi dalam Mubid al-Humum wa Mufid al-‘Ulum, ialah dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat-syarat mu'amalat bagi seseorang peniaga". Tambah beliau lagi "[hal] ini dilaksanakan Saidina Umar dalam sistem pendidikannya sehingga tiadalah berniaga di pasar kaum Muslim melainkan mereka yang memahami perniagaan berlandaskan Islam hingga tidak lagi keliru mengenai sebarang perkara yang boleh menerbitkan penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba." Dengan itu, secara mudahnya, dapat kita sebutkan bahawa, berdasarkan prinsip yang disebutkan di atas, setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita telah benar-benar memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin dilakukan itu. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi tukang jahit, maka sebelum menjadi tukang jahit, segala ilmu berkaitan dengannya wajiblah diperoleh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini. Ketetapan ini sememangnya amatlah wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan tempahan baju yang dihantar pelanggan. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini. Sebelum implementasi program ini hendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat tentang baik-buruknya untuk negara dan masyarakat Selain daripada prinsip yang disebutkan ini, di dalam al-Quran kita telah diingatkan bahawa, "...janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" (Surah al-Baqarah, 2:195). Dengan paparan ayat ini maka dapat kita simpulkan, dalam kes si tukang jahit sebentar tadi, bahawa jika tidak tahu ilmu jahitan, maka janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu. Ini kerana, kedegilan untuk menceburi bidang itu akan menyebabkan si tukang jahit ditimpa Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain dalam menghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai tenaga gantian. Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya terdapat Bagi menggantikan tenaga nuklear, sebaik mungkin dijalankan kajian untuk melihat kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai tenaga penjana elektrik negara. Jika ini berjaya dilakukan maka barulah boleh diakui " |
Rabu, 18 April 2012
TENAGA NUKLEAR SEBAGAI PENJANA ELEKTRIK NEGARA
Sabtu, 14 April 2012
CONTOH FOLIO KOLOKIUM TINGKATAN 6
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
TAJUK: KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KANTIN SMK
KAMUNTING
KUMPULAN:
4
NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMAD HAFIZ BIN ABU BAKAR (6 A1)
MUHAMAD ARIF BIN SAID (6 A2)
NOORAMIRAH
BINTI ZULKEHLI (6 A1)
NOR
AZIZAH BINTI MOHD ISMAIL (6 A1)
NOOR
NABILAH BINTI WAZIR (6 A2)
NAMA PENYELIA:
EN. IBRAHIM BIN SHOIB
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi
syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian kami yang bertajuk
Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada tahun
2012 telah berjaya disiapkan.
Kami
ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat. Pertama sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor kami
iaitu Encik Ibrahim Bin Shoib. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada
kami dalam menjayakan kajian kami. Beliau tidak putus-putus memberi cadangan
dan idea untuk kajian ini.Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa
kami yang banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa bantuan mereka, agak
sukar untuk kami melakukan kajian ini.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak lain yang sudi membantu dalam menjayakan kajian ini.
Antaranya ialah Noor Asmiza Binti Zulkehli dan Jamilah Binti Hanifah kerana
beliau banyak menyumbangkan idea kepada kami dalam kajian ini. Jasa beliau amat
kami hargai.
Akhir
kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan kajian
ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga semasa
kajian ini dijalankan.
BAB
I
PENGENALAN
1.0 Latar
belakang kajian
Kantin
ialah kawasan untuk orang awam menikmati juadah. Setiap sekolah mempunyai
kantin mereka yang tersendiri. Kantin memainkan peranan yang penting kerana ia
merupakan tempat untuk kita menjamu selera. Seperti yang kita tahu, sesetengah
kantin tidak akan memberi kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu,kami telah
mengambil keputusan untuk melakukan kajian terhadap kantin Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting (SMKK).
Berdasarkan
kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa ramai pelajar, guru dan
kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin SMKK. Kami
mendapati banyak aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut. Hal ini kerana,
terdapat banyak kekangan yang timbul di kantin tersebut.
Kami mendapati bahawa bilangan pekerja
kantin adalah sebanyak 13 orang. Bilangan pekerja lelaki ialah 6 orang manakala
bilangan pekerja perempuan ialah sebanyak 7 orang. Melalui kaedah pemerhatian,
kami menganggarkan umur pekerja kantin adalah di antara 18-45 tahun. Justeru
itu, semua pekerja kantin juga telah menerima suntikan daripada Kementerian
Kesihatan sebelum memulakan perniagaan.
Melalui kajian ini juga, kami mendapati
bahawa bahan mentah diambil daripada pemborong. Berdasarkan kajian, antara menu
makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi lemak, nasi goreng,
mee goreng, bihun sup, roti, dan makanan ringan.Air minuman juga turut
disediakan.
2.0 Pernyataan
masalah
2.1
Harga makanan mahal
Dalam
sesebuah perniagaan,terdapat pelbagai masalah yang akan timbul. Berdasarkan
kajian yang telah kami lakukan, masalah yang wujud ialah harga makanan yang
dijual oleh pengusaha kantin agak mahal.Harga makanan yang mahal merupakan
masalah yang serius kepada pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu
menmbeli makanan yang tinggi harganya.Contohnya, pelajar yang kurang
berkemampuan tidak dapat membeli makanan yang disediakan.Pengusaha kantin
seharusnya memikirkan situasi pelajar terutamanya dari segi kewangan.
2.2
Kuantiti makanan sedikit
Kekangan
lain yang timbul ialah kuantiti makanan yang disediakan amat sedikit. Kuantiti
makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang dijual.Contohnya,
harga sepinggan nasi lemak yang dijual ialah RM1.50 tnetapi kuantiti makanan
yang disajikan tidak memadai. Hal ini boleh menjadikan pelanggan tidak kenyang
dan akan membeli lebih banyak makanan. Juseru itu, mereka akan menambahkan
perbelanjaan.
2.3
Makanan tidak enak
Seterusnya,
masalah yang timbul ialah makanan yang disajikan tidak sedap. Terdapat banyak
aduan daripada pelajar,guru dan kakitangan sekolah bahawa kadangkala makanan
yang disediakan tidak memenuhi citarasa mereka. Contohnya,sambal nasi lemak
tidak dimasak dengan sempurna seperti cabai tidak dikisar halus.
2.4
Makanan ringan yang membahayakan kesihatan
Selain
itu, makanan ringan seperti nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya
digoreng dengan minyak yang berlebihan.Seperti yang kita ketahui, makanan yang
mengandungi minyak yang berlebihan boleh memberi impak yang buruk kepada diri.Buktinya,
kolestrol individu boleh meningkat secara mendadak.Contohnya, makanan yang
digoreng dan mengandungi minyak yang berlebihan di kantin sekolah SMKK boleh
mengundang penyakit kepada pelajar, guru, dan kakitangan sekolah yang membeli.
2.5
Layanan kurang mesra
Masalah lain yang wujud ialah layanan yang diberikan oleh pengusaha
kantin adalah tidak memuaskan. Semasa pelanggan membeli makanan di kantin,
pekerja kantin langsung tidak mesra dengan pelanggan.Mereka juga tidak
memberikan senyuman dan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang membeli.
3.0 Tujuan
kajian
3.1 Untuk mendapat maklum balas
Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan
kantin SMKK iaitu pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.Kajian ini juga dapat
menyuarakan sedikit sebanyak pendapat daripada kalangan pelajar.Di samping itu,
dapat mengetahui citarasa pelanggan terhadap menu makanan yang disediakan.
Berdasarkan maklumat yang kami dapati ada ketidapuasan pelajar mengenai menu
yang disediakan oleh pengusaha kantin.
Oleh itu, kami cuba untuk menyelidik dengan lebih lanjut.
3.2 Untuk mengetahui layanan pekerja
kantin
Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mengetahui layanan pekerja kantin terhadap pelanggan.Layanan mesra
daripada pekerja kantin amat penting untuk pelanggan kerana mempunyai sikap
yang mesra bukan sahaja dapat menarik hati pelanggan malah mereka lebih merasa
dihargai.Sebagai contoh, seseorang pekerja itu haruslah sentiasa senyum dengan
pelanggannya.
3.3 Mengkaji harga makanan
Harga
makanan juga merupakan tujuan kajian ini dijalankan.Kami dapati ada segelintir
pelajar menyatakan harga makanan di kantin agak mahal jika hendak dibandingkan
pada tahun sebelumnya. Contohnya, harga sepinggan
nasi goreng pada tahun 2012 ialah RM1.50 manakala pada tahun 2011 harganya
ialah RM1.20. Disini kita boleh melihat berlakunya kenaikan harga
makanan.Seperti yang kita tahu harga memainkan peranan penting kerana
ketidakseimbangan harga boleh mencetuskan sesuatu perniagaan itu menjadi muflis.
4.0 Kepentingan
kajian
Kajian
ini boleh menyumbang kepada pelanggan kantin SMKK dalam memberi keselesaan
diri.Keselesaan merupakan aspek penting bagi seseorang dalam kehidupan mereka.
Tanpa persekitaran yang menarik, ia akan membuatkan pelanggan kurang selesa
untuk menjamu selera. Pengusaha kantin seharusnya meletakkan info-info ilmiah
di sudut kantin sekolah bagi menceriakan suasana kantin.Contohnya, bahan-bahan
ilmiah ditampal di atas meja makan kantin.
Berdasarkan
kajian, memberi layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan adalah amat penting.
Hal ini kerana, layanan mesra yang diberi oleh pekerja kantin akan mewujudkan
hubungan baik dengan pelanggan. Contohnya, semasa menjual makanan di kantin,
pekerja yang bertugas seharusnya memberi senyuman kepada pelanggan.
Pengusaha
kantin juga perlu menyediakan makanan yang sesuai. Makanan sememangnya penting
untuk manusia kerana ia adalah keperluan hidup. Oleh itu, pengusaha kantin
perlu menyedikan makanan yang baik untuk pelanggan. Makanan yang mengandungi
minyak yang berlebihan seharusnya dielakkan kerana ia akan mengundang bahaya
kepada individu.
Berdasarkan
kajian, pengusaha kantin perlu memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan
terutamanya pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu membeli makanan
dengan harga yang mahal.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar
dari aspek kewangan.Contohnya, harga sebungkus kentang goreng ialah RM1.00
tetapi kuantitinya adalah sedikit. Sememangnya ia tidak memadai dan hanya
membebankan pelanggan.
Kajian
ini juga dijalankan untuk memenuhi citarasa pelanggan.Citarasa pelanggan
sememangnya penting untuk pengusaha kantin. Hal ini kerana ia akan meningkatkan
pendapatan pengusaha kantin tersebut. Pengusaha kantin perlu tahu citarasa
pelanggan agar perniagaan yang dijalankan berkembang maju.Contohnya, mengetahui
keperluan dan kehendak pelanggan.
BAB
II
KAJIAN
LEPAS
Melalui pemerhatian , kami telah membandingkan pengusaha
kantin dahulu dengan pengusaha kantin sekarang daripada pelbagai aspek.
Terdapat banyak perbezaan di antara dua pihak
tersebut. Pelbagai aspek positif dan negatif dapat dilihat melalui
kajian yang kami jalankan.
1.0 ASPEK /PENILAIAN
1.1 Persekitaran
Persekitaran yang baik dan menarik amat penting dalam
kehidupan kita. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi keadaan
di sekeliling kita. Sebagai contoh, pengusaha kantin dahulu telah mengabaikan
aspek ini sehingga menjejaskan imej kredibitili beliau dalam menyediakan
makanan terhadap pelanggan yang terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangan
sekolah serta orang luar yang datang membeli makanan. Disamping itu, susunan
kerusi dan meja makan yang tidak teratur serta tidak sistematik telah
menyebabkan persekitaran kelihatan tidak kemas. Hal ini akan menjadikan pelajar
tidak berasa selesa untuk menjamu selera. Permukaan meja yang kotor dan tidak dilapik menyebabkan persekitaran
kelihatan kusam serta tidak menarik perhatian pelanggan.
1.2
Kebersihan
Kebersihan merupakan aspek yang paling utama dalam
sesebuah perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu
mementingkan kebersihan kantin. Selain itu, persekitaran yang kotor akan
memberi kesan dan masalah seperti keracunan makanan. Oleh hal yang demikian,
aspek ini perlu dijaga dan dititikberatkan oleh pengusaha kantin agar dapat
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Berdasarkan kajian, pengusaha
kantin terdahulu telah mengabaikan aspek ini. Contohnya, para pekerja memakai
pakaian yang kurang kemas. Justeru itu, pelanggan mudah menghadapi penyakit
berjangkit yang boleh dijangkiti seperti penyakit kuku,mulut dan tangan.
1.3 Pekerja
Berdasarkan kajian, pekerja terdahulu majoritinya terdiri
daripada golongan warga emas. Hal ini menimbulkan masalah apabila pekerja
menjadi lambat dalam melakukan kerja. . Disebabkan itu juga, masa yang diambil
oleh pekerja kantin yang terlalu lama dalam melayan karenah pelanggannya
sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati para pelanggan. Contohnya, terdapat kes
tolak menolak dalam membeli makanan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan
sesama mereka. Perkara ini sering berlaku di kalangan pelajar. Oleh itu, pertumpahan makanan yang dibeli oleh
pelanggan di kantin turut berlaku.
1.4 Harga makanan
Makanan yang dijual seharusnya mampu dibeli oleh
pelanggan tidak kira dari golongan yang berada ataupun tidak. Harga yang
ditawarkan juga perlulah berpatutan dengan kehendak pelanggan yang rata-ratanya
terdiri daripada para pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa. Bagaimanapun,
harga makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin terdahulu amat berpatutan.
Menurut kajian yang dijalankan, tiada kekangan yang wujud dari segi harga
makanan. Contohnya, harga sepinggan nasi lemak hanya RM1.20. Oleh itu, ramai
pelanggan yang berpuas hati.
1.5 Bahan mentah
Penggunaan bahan mentah yang bermutu dan segar akan
menjamin kualiti makanan yang disediakan. Asas ini penting dalam penyediaan
makanan untuk para pelanggan. Namun, bahan yang digunakan mungkin kurang elok
dan lama tetapi masih digunakan dalam masakan walaupun telah tamat tempoh.
Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu mengambil bahan mentah yang
bermutu dan segar. Walau bagaimanapun, pembekal bagi bahan mentah tersebut
ialah berbangsa Cina. Hal ini menimbulkan rasa was-was bagi pelanggan yang beragama
Islam.
BAB III
METODOLOGI
1.0
SKOP KAJIAN
Kajian ini melibatkan seramai 20 orang responden yang
merangkumi pelajar tingkatan 4, 5 , dan 6, guru serta kakitangan sekolah. Kami
hanya melakukan kajian di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Oleh
itu, dapatan kajian ini tidak dapat memberi gambaran di sekolah lain. Fokus
utama kajian kami adalah kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKK.
2.0 KEPENTINGAN KAJIAN
2.1 Memantau pengurusan kantin.
Kajian ini
diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agar para pelajar
berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di
kantin sekolah. Kualiti dan kuantiti makanan
yang disediakan perlu ditingkatkan agar para pelajar dan kesemua kakitangan pekerja
dapat memperoleh makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka.
2.2 Harga yang berpatutan
Harga yang ditetapkan juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang
telah ditetapkan. Jawatankuasa kantin yang
terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab memastikan pihak pengurusan
kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang strategi
untuk meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, pihak kantin
juga harus meletakkan harga mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, untuk pelajar
perlu meletakkan harga yang yang sesuai mengikut kemampuan mereka.
2.3 Kebersihan kantin terjamin
Kebersihan kantin dan pengendalian
makanan secara keseluruhan terjamin. Pekerja kantin memastikan makanan yang di jual tidak
dihinggapi oleh lalat
atau sebarang makanan yang di
jual adalah bukan makanan yang lama. Selain itu, mereka juga memastikan
pinggan, mangkuk, cawan, garpu dan sudu dalam keadaan bersih tanpa sebarang
karat atau kekotoran pada alat makanan tersebut. Selain itu,memastikan bahawa
kerusi dan meja di kantin berada dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang
kekotoran seperti tumphan air atau sambal makanan di atas meja dan kerusi
kantin.
2.4 Mendisiplinkan pelajar
Selain itu, pihak sekolah harus
mendisiplinkan diri pelajar tentang tatacara ketika berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan
di kantin. Pihak pengurusan kantin perlulah
memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar mematuhi semua
peraturan yang telah digariskan. Sebagai contoh, pelajar harus beratur sebelum
membeli makanan dan minuman di kantin dan perlu meletakkan pinggan atau mangkuk
serta cawan ke dalam besen selepas makanan.
2.5 Imej sekolah terjamin
Pengusaha juga perlulah menjaga nama baik sekolah
dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pihak. Selain
itu, pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan pihak pentadbir
bagi memuaskan hati semua pihak. Sebagai contoh, mempelbagaikan menu untuk
semua pihak, menyediakan tong sampah yang lebih banyak supaya pelajar dapat
menyelesakan diri mereka untuk membuang sampah dengan jarak yang dekat, malah
keadan kantin lebih bersih.
3.0 ALAT KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini menggunakan kaedah soal
selidik bagi menjawab untuk mengetahui respond daripada pelanggan. Respondennya
terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5, dan 6, guru serta kakitangan sekolah. Seramai 20 sampel telah diambil bagi mendapatkan data yang
diperlukan bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 100 peratus iaitu
keseluruhan responden melalui pelajar,
guru dan kakitangan sekolah menghantar
semula borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara sampel yang
digunakan adalah seramai (40%) bagi
pelajar manakala (30%) adalah guru dan
selebihnya untuk kakitangan sekolah iaitu(30%). Instrument kajian ini dibahagikan
kepada tiga bahagian. Bahagian satu terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu status, jantina
dan pelajar di tingkatan (4,5,6), guru dan pekerja di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting.
3.2 Bahagian pertama (harga yang berpatutan)
Berdasarkan harga makanan, hanya 5 orang sahaja yang
bersetuju untuk dikekalkan. Selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas
hati terhadap harga yang diberikan. Hal ini disebabkan oleh kuantiti bahan
mentah yang dibeli oleh pihak kantin daripada pembekal pada masa ini adalah
mahal dan tidak berpatutan berbanding tahun lepas.
3.3 Bahagian kedua (keselesaan terhadap persekitaran
kantin)
Keselesaan terhadap persekitaran
kantin pada masa ini lebih selesa berbanding tahun lepas. Ini dapat ditunjukkan
oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 18 orang yang bersetuju manakala
hanya 2 orang tidak bersetuju. Hal ini kerana, pihak kantin pada masa ini
menyediakan banyak tong sampah untuk pelajar membuang sampah. Selain itu,
menyediakan besen untuk meletakkan pinggan dan mangkuk serta mengecat kawasan
kantin.
3.3 Bahagian ketiga (pengkajian semula terhadap harga makanan)
Harga makanan yang terlalu mahal,
seharusnya dikaji semula. Ia di persetujui oleh semua pelanggan seramai 20
orang. Hal ini kerana, harga makanan yang di jualkan itu tidak bersesuaian
dengan katogeri golongan yang ada. Oleh itu, pihak kantin harus memahami
kemampuan sesetengah pelanggan dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.
3.4 Bahagian keempat (citarasa terhadap menu makanan yang
dijual)
Menu yang disediakan oleh pihak kantin
tidak memenuhi citarasa pelanggan. Ini ditunjukkan oleh analisis yang dikaji
iaitu seramai 5 orang berpuas hati terhadap menu yang disediakan manakala selebihnya
iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati. Hal ini disebabkan oleh masakan yang
dijual tidak begitu enak.
3.5
Bahagian kelima (menambahbaik dari segi harga dan masakan)
Pemilik kantin perlu manambahbaik
semula dari segi harga dan makanan. Ini telah terbukti mengikut kajian yang
telah dilaksanakan iaitu seramai 19 orang bersetuju untuk mengkaji semula dalam
menambahbaikkan harga dan masakan. Mengikut majoriti yang setuju ini ,
disebabkan harga yang diletakkan terlalu mahal, malah kuantiti yang di bekalkan
itu terlalu sedikit berbanding pada tahun lepas harga makanan yang di jual itu
murah dan berpatutan dengan kuantiti yang dibekalkan itu juga banyak dan
memberi kepuasan kepada pembeli.
3.6 Bahagian keenam (kebersihan
kantin)
Tahap kebersihan diri pekerja kantin dan tahap
kebersihan persekitaran kantin terjamin. Buktinya adalah melalui analisis yang
ada iaitu terdapat 13 orang setuju dengan tahap kebersihan yang terjamin
manakala selebihnya iaitu 7 orang tidak bersetuju. Hal ini di sebabkan, pekerja
menjaga kebersihan melalui pakain mereka semasa sesi penjualan. Pekerja kantin
juga memakai apron malah pinggan, mangkuk dan cawan juga bersih berbanding
dengan tahun lepas iaitu pekerja tidak memakai apron, malah pinggan mangkuk dan
cawan juga kotor.
3.7 Bahagian ketujuh (pengalaman keracunan
makanan)
Berdasarkan kajian,
tiada kejadian keracunan makanan yang dilaporkan. Kesemua responden tidak
pernah mengalami keracunan makanan di kantin pada tahun ini berbanding tahun
lepas. Hal ini di sebabkan, makanan yang dijual oleh pihak kantin adalah
berkualiti tanpa penggunaan makanan yang lama atau basi dan kesihatan pelajar, guru
dan kakitangan sekolah juga terjamin.
3.8 Bahagian kelapan (kepuasan
pelanggan terhadap perkhidmatan)
Keseluruhannya, pihak kantin memberi
kepuasan yang sangat baik kepada pelanggan iaitu pelajar, guru dan kakitangan
sekolah. Ini di tunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 16 orang
berpuas hati dengan perkhidmatan kantin manakala selebihnya tidak berpuas hati
iaitu seramai 4 orang. Majoriti yang berasa puah hati, disebabkan oleh layanan
yang diberikan olek pihak kantin adalah mesra berbanding dengan tahun lepas. Oleh
itu, pihak kantin harus mengamalkan nilai-nilai murni yang baik untuk menjaga
hubungan baik antara penjual dan pembeli.
3.9
Penggunaan kajian
Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji iaitu Muhamad Hafiz Bin Abu
Bakar, Muhamad Arif Bin Said, Nooramirah Binti Zulkehli, Nor azizah Binti Mohd
Ismail dan Noor Nabila Binti Wazir yang mengambil data dan analisis menggunakan kaedah statistik iaitu bagi mengukur peratus. Data diproses
dengan menggunakan
kaedah analisis asas matematik, graf bar, serta jadual bagi data keseluruhan
golongan yang mengatakan YA dan TIDAK serta data keseluruhan soalan yang
dijawab oleh responden YA dan TIDAK.
4.0
SUBJEK KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk memberi
kepuasan kepada pelanggan. Kajian ini menjadi gambaran daripada pelanggan
kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK) bagi menunjukkan keadaan
dan suasana persekitaran kantin pada waktu rehat. Berdasarkan perkara itu,
kajian untuk mengenalpasti masalah kantin ini telah dilakukan bagi menambahbaikkan
prestasi kantin sekolah ini.
4.1 Kenaikan harga makanan
Isu kenaikan harga makanan kantin baru
di sekolah menjadi perbualan hangat masyarakat terutamanya bagi ibu bapa yang
mempunyai anak yang ramai untuk disekolahkan. Harga makanan di kantin sekolah
dinaikkan. Contohnya, sepinggan nasi goring iaitu RM1.50 berbanding dengan
kantin sebelumnya hanya RM1.20 iaitu
meningkat sebanyak 30 sen. Selain itu, kenaikan harga makanan ini juga
menambahkan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Oleh yang
demikian, kenaikan harga makanan di kantin sekolah amat tidak wajar dan perlu
dirombak semula agar tidak menyusahkan pelanggan.
4.2
Tahap kebersihan yang tinggi
Kebersihan di kawasan kantin sekolah
pada tahun ini amat berpuas hati. Hal ini jelas kelihatan apabila kawasan menjual
air di kantin amat bersih. Selain itu, tahap kebersihan para pekerja sangat
tinggi. Hal ini terbukti dengan pakaian yang dipakai oleh para pekerja sangat
baik. Kebersihan kantin yang terjamin telah memuaskan hati semua responden.
4.3
Aspek layanan
Aspek layanan yang diberikan kepada
pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ketika hendak membeli makanan dan
minuman di kantin adalah amat baik. Pekerja kantin memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan
terutamanya memberi senyuman yang sangat ikhlas kepada pelajar. Walau
bagaimanapun, hanya segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan
yang diberikan.
5.0
PROSEDUR
5.1 Perbincangan
Melalui kaedah ini, kami mambuat perbincangan di
antara kumpulan kami iaitu seramai 5 orang. Kami mendapati segelintir pelanggan
tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan. Perkhidmatan yang diberikan
amat memuaskan hati semua pelanggan tetapi kuantiti makanan yang disediakan
menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin amat
baik dan seterusnya pelanggan berpuas hati terhadap persekitaran. Dengan kaedah
ini, proses perbincangan berjalan dengan lancar dan banyak membantu kami dalam mendapat
maklum balas daripada responden.
5.2 Pemerhatian
Melalui proses pemerhatian pula, kami
telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti bagi menunjukkan suasana
dan persekitaran kantin. Disebabkan itu, kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan
reaksi daripada pelanggan kantin di sekolah ini. Selain itu, kaedah ini juga lebih
berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kantin.
Melalui pemerhatian juga, kami dapat melihat tahap kebersihan kantin tersebut.
5.3 Borang soalselidik
Kami telah mengedarkan borang soalselidik
kepada pelajar tingkatan empat, lima dan enam, serta guru dan kakitangan
sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan kami untuk mengkaji
data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Dengan kaedah ini juga
kami secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan kantin di sekolah ini dari
semasa ke semasa.
BAB 1V
PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
1.0
Penganalisisan Data
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan data mengenai keselesaan kantin
kepada guru, pelajar, serta kakitangan sekolah ini. Kaedah yang digunakan dalam
memperolehi keputusan data ini adalah hasil daripada penggunaan borang soal
selidik yang telah diberikan pada setiap responden .
2.0
Latar Belakang
Kaedah penyelidikan dengan
penggunaan soal selidik ini, kami telah
melibatkan tiga golongan yang terdiri daripada guru, pelajar serta kakitangan
sekolah. Mengikut statistik yang telah dilakukan , kami mendapati bahawa
sebanyak 40% responden yang terdiri daripada pelajar, manakala 30% daripada guru
dan selebihnya iaitu sebanyak 30% daripada kakitangan sekolah.
3.0
Analisis Statistik
Analisis statistik dilakukan adalah untuk
mengenalpasti tahap keselesaan responden terhadap kantin dari pelbagai aspek. Sebagai
contoh, dari aspek menu pemakanan, harga, kebersihan dan lain-lain. Analisis
statistik yang ditunjukan adalah seperti yang berikut:-
DATA KESELURUHAN
BERDASARKAN GOLONGAN
GOLONGAN
|
YA
|
TIDAK
|
JUMLAH
|
GURU
|
29
|
19
|
48
|
PELAJAR
|
36
|
28
|
64
|
PEKERJA
|
34
|
14
|
48
|
JUMLAH BESAR=160
|
DATA KESELURUHAN
BERDASARKAN SOALAN
NOMBOR
SOALAN
|
YA
|
TIDAK
|
JUMLAH
|
SOALAN
1
|
5
|
15
|
20
|
SOALAN
2
|
18
|
2
|
20
|
SOALAN
3
|
20
|
0
|
20
|
SOALAN
4
|
5
|
15
|
20
|
SOALAN
5
|
19
|
1
|
20
|
SOALAN
6
|
13
|
7
|
20
|
SOALAN
7
|
20
|
0
|
20
|
SOALAN
8
|
16
|
4
|
20
|
JUMLAH BESAR = 160
|
KEPUTUSAN GRAF
BERDASARKAN GOLONGAN
KEPUTUSAN GRAF
BERDASARKAN SOALAN
BAB V
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
1.0 Kesimpulan
Berdasarkan
kajian yang kami jalankan iaitu tentang kepuasan pelanggan terhadap kantin
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, didapati bahawa semuanya berjalan dengan
baik. Malah,kesemua soalan yang dikemukakan itu lebih ramai responden
memberikan jawapan yang positif berbanding negatif. Berdasarkan analisis,
kepuasan pelanggan terhadap menu dan harga yang ditawarkan tidak memberi
kepuasan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan dan kebersihan
kantin memberi kepuasan kepada pelanggan di sekolah ini. Oleh itu, kita dapat
merumuskan bahawa kepuasan pelanggan
terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting adalah seimbang.
2.0 Implikasi
Daripada
kajian yang kami jalankan, harga yang ditawarkan memberi kesan kepada
pelanggan. Hal ini kerana lebih ramai responden yang tidak berpuas hati
terhadap harga yang ditawarkan. Selain harga, menu makanan yang disediakan juga
tidak menberi kepuasan kepada pelanggan. Hal ini memberi kesan kepada pelanggan
kerana mereka terdiri daripada pelbagai jenis bangsa. Seterusnya, ia akan
menimbulkan ketidakpuasan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan juga
akan member kesan kepada pelanggan. Contohnya, layanan yang baik oleh pekerja
kantin akan memberi kepuasan dalam diri pelanggan. Selain itu, kebersihan
kantin akan memberi kesan terhadap pelanggan di mana persekitaran kantin akan
mempengaruhi kesihatan pelanggan. Sebagai contoh, persekitaran kantin yang
bersih tidak akan menjejaskan kesihatan manusia.
3.0 Cadangan
Berdasarkan
kajian yang telah kami jalankan, kami telah menyediakan beberapa cadangan untuk
menyelesaikan kekangan yang berlaku di kantin sekolah ini. Antara cadangan
tersebut ialah:-
3.1 Menurunkan harga makanan
Pihak
kantin seharusnya menurunkan harga makanan di kantin tersebut bagi memuaskan
hati pelanggan. Hal ini kerana tidak semua responden mampu membeli makanan yang
mahal. Contohnya, bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang hanya berpendapatan
rendah. Oleh itu, pengusaha kantin perlu mengkaji semula harga yang ditawarkan
kepada pelanggan. Hal ini bertujuan untuk pelanggan dapat membeli makanan
dengan harga yang berpatutan.
3.2 Mempelbagaikan menu
Pengusaha
kantin perlu mempelbagaikan menu kerana di sekolah ini mempunyai pelanggan yang
pelbagai jenis bangsa. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India. Sudah
semestinya mereka mempunyai selera yang berlainan. Oleh itu, pengusaha kantin
perlu menyediakan pelbagai jenis menu. Contohnya , nasi lemak untuk pelanggan
kaum Melayu, capati untuk pelanggan kaum India
dan nasi ayam untuk pelanggan kaum Cina.
3.3 Mengekalkan mutu perkhidmatan dan
kebersihan kantin
Berdasarkan
kajian, layanan yang diberikan oleh pekerja kantin memberi kepuasan kepada
pelanggan. Disebabkan itu, pihak kantin harus mengekalkan layanan yang
diberikan kepada pelanggan. Hal ini bertujuan, bagi mengelakkan lebih ramai
pelanggan yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.
Selain itu, pengusaha kantin perlu terus mengekalkan tahap kebersihan kantin.
Hal ini kerana kebersihan kantin akan menjamin kesihatan pelannggan. Oleh itu,
pengusaha kantin perlu menitikberatkan tahap kebersihan agar dapat menjamin
persekitaran yang bersih.
BIBLOGRAFI
- http://www.scribd.com/doc/51643912/Kandungan-Kajian-Tingkatan-6
- http://documentsearch.org/pdf/maksud-kantin-sekolah.html
- http://www.scribd.com/doc/27316474/Contoh-Kertas-Kerja-Kolokium
- pdfscout.org/pdf/definisi-kantin-sekolah.htmlCached
- http://www.scribd.com/doc/20618915/Format-Penulisan-Penyelidikan-Tingkatan-Enam
- http://www.searchinpdf.com/pdf/contoh-penyelidikan-tingkatan-6-.html
Langgan:
Catatan (Atom)