Wabak penyakit berjangkit yang merebak di seluruh dunia pada masa
ini disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
Fenomena penyakit
berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Di Malaysia
khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di media cetak,
elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang mengambil berat
terhadap amalan gaya hidp yang sihat. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan
mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit yang semakin
menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu, tindakan
segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada
dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit
ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat.
Masyarakat yang tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti penyakit
berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan
pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak
mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah,
kurangnya zat di dalam tubuh badan dan sebagainya. Hal yang sedemikian akan
menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi
atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang
demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk
mengatasi masalah penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata
pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati".
Selain itu, masyarakat
juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal yang sedemikian
akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit
ini. Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh
penyakit berjangkit ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu memegang
tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan lalu makan, sudah tentu seseorang
itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang
dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk membasuh tangan
perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkannya
daripada djangkiti oleh penyakit. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu,
"Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah".
Hubungan sosial tanpa
sekatan turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit berjangkit
yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang
dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal
ini berlaku demikian kerana, tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom,
virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal yang sama juga
berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan
tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan
seterusnya menghidap AIDS. Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh
semua anggota masyarakat supaya dapat mengatasinya, bak kata pepatah, "Sediakan payung
sebelum hujan".
Selain itu, kurang
kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini.
Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta
dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini.
Masyarakat jenis ini terlalu mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di
dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu
semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan
diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan
diri mereka daripada dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir
daripada mereka terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan
tersebut. Apabila sudah dijangkiti barulah hendak menyesal, bak kata pepatah, ”Nasi sudah menjadi
bubur".
Pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki dijangkiti
penyakit virus H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada
merebak. Namun begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa orang lain. Perbuatan
yang sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk
dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Langkah yang diambil seperti mengadakan
kuarantin seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk
menjaga kepentingan orang lain serta mengawal mereka daripada terus menyebarkan
virus tersebut dengan lebih cepat.
Oleh hal yang
demikian, penularan wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh
kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang
proaktif perlulah diambil oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara
yang lebih efektif seperti mempertingkat kempen-kempen kesedaran. Selain itu,
pihak sekolah juga turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan input
mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini
tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit
berjangkit ini. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan
hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ”Sediakan payung
sebelum hujan”
terima kasih saya suka sangat dengan karangan yang awak buat ni...
BalasPadamsaya harap awak berjaya dunia akhirat..
TQ..
Padamhai awak.. apa khabar boleh bekenalan
BalasPadamini siapa ya?
PadamAssalamualaikum... terima kasih atas karangan awak ni... ia dapat memperkukuhkan lagi penulisan saya.
BalasPadamSama sama saudari
PadamAssalamualaikum.. AIWAH!! ^^ Syukran atas karangan.. =D
BalasPadam-Srikandi Islam-
Boleh bla la jugak karangan ko ni
BalasPadamAssalamualaikum.. terima kasih ats perkongsian karangan di atas.. sgt membantu..
BalasPadamTerima ats krgan ini ia byk membantu sya
BalasPadamBagus lah bro ...karangan ni ..Terima Kasih ye ��
BalasPadamKarangan yg mantap, suka sngt
BalasPadamKarangan yg mantap, suka sngt
BalasPadammntap bro
BalasPadam